
Asbab hiperaktif atau ADHD (attention-deficit/hyperactivity disorder) kepada anak-anak tidak semua berlaku merujuk pada suatu faktor yang sama, disini saya boleh simpulkan dengan merujuk sumber yang boleh dipercayai; terdapat lima punca yang besar kemungkinan menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami hiperaktif, mungkin ada lagi faktor yang saya terlepas pandang anda boley senaraikan juga di ruangan komen :
1. Faktor Genetik
- Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik. Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih 1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.
- Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.
2. Faktor Neurologik
- Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama, distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal.
- Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meningkatkan risiko hiperaktif.
- Selain itu, perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama dopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi/tumpuan. Beberapa kajian ini menunjukkan terjadi gangguan aliran darah di kawasan tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di kawasan striatum, orbital-prefrontal, kawasan orbital-limbik dan khususnya gangguan di otak kanan.
3. Faktor Psikologi dan Persekitaran
Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak :
- Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah oleh ibubapa sendiri.
- Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif.
- Anak-anak hiperaktif tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka terlalu mengikut kemahuan dan yakin kemahuan itu wajib ditunaikan. Sekali lagi ibubapa menjadi role terbaik kepada mereka, dalami psikologi anak anda adalah perlu untuk melatih mereka membezakan hak peribadi mereka dan hak kepunyaan orang lain.
- Ibu bapa perlu mengenal kelebihan, kekurangan dan bakat anaknya serta membantu anak dalam bersosial. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.
- Menggunakan teknik-teknik pengelolaan perilaku, seperti menggunakan penguat positif (misalnya memberikan pujian bila anak makan dengan tertib), memberikan disiplin yang konsisten, dan selalu melihat perilaku anak.
4. Faktor Makanan
Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. Contohnya :
- Makanan mengandungi kadar gula yang tinggi atau karbohidrat olahan
- Aditif Makanan
5. Faktor Toksik
Pendedahan ibu kepada faktor toksik semasa kehamilan boleh memberi kesan anak hiperaktif, iaitu;
- Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang tinggi
- Ibu yang merokok dan mengambil alkohol
- Terkena sinar-X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif
Saya nak kongsikan rawatan alternatif untuk kanak-kanak hiperaktif ini.. pada sesiapa yang sedang mencari rawatan saya suggest kan rawatan akupuntur dan herba..
BalasPadamAda satu pusat rawatan yang memang pakar dalam merawat kanak-kanak hiperaktif ini.
Nama pusat rawatan itu The Tole Acupuncture.
http://www.youtube.com/watch?v=_WD1I_G4scI
website die http://thetole.org