Ajaibnya saluran darah ibu dan fetus tidak bercampur dalam placenta.
Placenta Normal
Placenta selalunya berada di bahagian atas uterus @ rahim, jauh daripada serviks (iaitu laluan untuk bayi semasa proses kelahiran).
Placenta Previa
Placenta berada dibahagian bawah uterus, sebahagian atau lengkap menutup laluan serviks.

Sekiranya placenta menutupi serviks secara lengkap ia dipanggil placenta previa lengkap. Marginal placenta previa atau placenta previa separuh pula jika placenta berada berhampiran serviks. Sekiranya placenta berada 2cm daripada bahagian serviks dipanggil placenta berkedudukan rendah atau uri rendah .
Lokasi placenta akan diperiksa oleh ultrasound pada 16-20 minggu kehamilan jika perlu.
Kes placenta previa selalunya dijumpai satu dalam tiga orang yang hamil, terjadi biasanya sebelum minggu ke20 kehamilan. Semasa uterus semakin membesar, placenta akan berada dibahagian atas uterus, menjauhi serviks. Namun ia akan kembali mendekati serviks semasa kelahiran hampir tiba -- ini biasa berlaku pada 200 kes kehamilan -- dimana ibu berisiko menghadapi pendarahan. Pendarahan yang serius boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak pada si ibu. Kebanyakkan kes ibu akan menjalani pembedahan secara cesarean dan bayi lahir awal daripada tarikh jangkaan.
Sebab berlaku Placenta Previa?
Sebab yang tidak diketahui dengan jelas, walaupun kadangkala ia kerap berlaku kepada wanita yang hamil pada usia lanjut, merokok, pernah mempunyai anak secara pembedahan cesarean atau pembedahan pada rahim lebih berisiko berlakunya plasenta previa.
Apa berlaku jika saya menghadapi placenta previa?
Ia bergantung kepada berapa minggu kehamilan anda. Jangan risau jika pertengahan kehamilan anda disahkan menghadapi placenta previa. Ini kerana placenta akan bergerak menjauhi serviks disebabkan rahim semakin membesar dan placenta akan membesar mendekati bahagian atas rahim dimana bekalan darah yang banyak disitu.
Follow-up ultrasound masih diperlukan untuk mengetahui lokasi terkini placenta dan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Selalunya ibu-ibu akan ditahan dihospital untuk jangka masa tertentu sehingga uri berada dikedudukan yang sepatutnya. Para ibu dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat dan memerlukan rehat yang berpanjangan di atas katil. Ketenangan emosi ibu ketika ini amat penting, banyakkan berdoa, bersujud, berfikiran positif dan kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya bayi anda dapat memahami perasaan anda ketika itu.
info ringkas ini daripada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan