Isnin, 28 April 2014

1001 Kelebihan Susu Ibu


1001 Kelebihan Susu Ibu


Susu ibu seimbang, dan steril yakni bebas daripada bakteria dan boleh terus diminum
Susu ibu kurang kasein berbanding susu haiwan iaitu protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan asas membuat plastik tertentu
Susu ibu mudah dihadam
Susu ibu mengandungi lebih banyak laktase, vitamin dan zat galian
Susu ibu boleh disimpan dan tahan lama
Semasa bayi menyusu, hormon akan dilepaskan dari otak yang merangsang pengecutan semula rahim




Jumaat, 25 April 2014

Punca-punca Anak Hiperaktif



Asbab hiperaktif atau ADHD (attention-deficit/hyperactivity disorder) kepada anak-anak tidak semua berlaku merujuk pada suatu faktor yang sama, disini saya boleh simpulkan dengan merujuk sumber yang boleh dipercayai; terdapat lima punca yang besar kemungkinan menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami hiperaktif, mungkin ada lagi faktor yang saya terlepas pandang anda boley senaraikan juga di ruangan komen :

1. Faktor Genetik
  • Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik. Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih 1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.
  • Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.

2. Faktor Neurologik
  • Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama, distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. 
  • Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meningkatkan risiko hiperaktif.
  • Selain itu, perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama dopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi/tumpuan. Beberapa kajian ini menunjukkan terjadi gangguan aliran darah di kawasan tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di kawasan striatum, orbital-prefrontal, kawasan orbital-limbik dan khususnya gangguan di otak kanan.

3. Faktor Psikologi dan Persekitaran

Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak : 
  • Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah oleh ibubapa sendiri.
  • Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif. 
  • Anak-anak hiperaktif tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka terlalu mengikut kemahuan dan yakin kemahuan itu wajib ditunaikan. Sekali lagi ibubapa menjadi role terbaik kepada mereka, dalami psikologi anak anda adalah perlu untuk melatih mereka membezakan hak peribadi mereka dan hak kepunyaan orang lain.
  • Ibu bapa perlu mengenal kelebihan, kekurangan dan bakat anaknya serta membantu anak dalam bersosial. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.
  • Menggunakan teknik-teknik pengelolaan perilaku, seperti menggunakan penguat positif (misalnya memberikan pujian bila anak makan dengan tertib), memberikan disiplin yang konsisten, dan selalu melihat perilaku anak.

4. Faktor Makanan

Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak. Contohnya : 
  • Makanan mengandungi kadar gula yang tinggi atau karbohidrat olahan
Kedua jenis makanan ini  dapat mempengaruhi mood anak. Makanan ini dapat mencetuskan hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol yang dapat memberikan perasaan cemas dan gelisah. 
  •  Aditif Makanan
Pewarna tiruan, penambah rasa, dan pemanis buatan serta kandungan gula terlalu tinggi membuat sistem saraf terlalu aktif. Biasanya banyak didapati pada produk makanan segera. Seperti donat beraneka salutan, pastri, cupcake, soda, fast food, keropok, gula-gula dan pelbagai makanan yang tidak sihat di pasaran kini yang mengandungi jumlah gula yang tinggi dapat membuatkan sistem saraf terlampau aktif.

5. Faktor Toksik

Pendedahan ibu kepada faktor toksik semasa kehamilan boleh memberi kesan anak hiperaktif, iaitu;
  • Kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang tinggi
  • Ibu yang merokok dan mengambil alkohol
  • Terkena sinar-X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif

Khamis, 24 April 2014

Ciri-ciri Anak-anak Hiperaktif dan Cara Mengatasinya



Anak yang sedang membesar mempunyai lebih kecenderungan untuk bermain dan menunjukkan sifat ingin tahu mereka dengan banyak cara, dah tentu telatah mereka memberikan kita kebahagiaan walaupun penat melayan pelbagai kerenah mereka ^^, tetapi aktif luar biasa mungkin memerlukan perhatian yang lebih oleh ibubapa untuk mengenalpasti sama ada anak mereka aktif normal atau hiperaktif. Hiperaktif menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah masalah terlampau cergas sehingga tidak dapat dikawal sama ada keadaan atau sifat.

Antara sikap kanak-kanak hiperaktif:
  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu :

Berkelakuan terlalu aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan
Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati 
Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.

Masalah ADHD atau Hiperaktif (attention-deficit/hyperactivity disorder) ini juga cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kurang tumpuan terhadap pelajaran menyebabkan mereka lewat menerima dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap alami kanak-kanak prasekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat awal kanak-kanak.

Kaedah rawatan dan cara menangani : 
  1. Secara pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian semasa bergaul dengan kanak-kanak lebih muda. Berkemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.
  2. Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanak-kanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.
  3. Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi.
  4. Lazimnya, kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya, cuma ikut hatinya saja dan suka bermain bersendirian. Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Jadi didik lah mereka sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. ^^


Sumber ; Berita Harian

Ahad, 20 April 2014

Tip Amalan Ibu Mengandung dan Semasa Berpantang Untuk Mengelakkan Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning


Punca Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning


Penyebabnya adalah kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi. Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan dan berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir.

Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Punca-punca Lain Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO. (Sekiranya anda berdarah O bayi anda lebih berisiko mengalami Jaundice/Demam Kuning ini)
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Amalan Semasa Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan  Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Minum madu (tanpa air) 3 sudu atau 5 sudu sehari

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan.

5. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak yang mungkin.

8. Mengamalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.


Amalan Ibu Semasa Berpantang Untuk Menurunkan dan Mengelakkan Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. Ini mengalakkan bayi membuang air besar dengan lebih kerap dan menyingkirkan bilirubin dari badannya. 

2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3. Berpantanglah secara berdisplin, elakkan makan makanan yang dilarang. Jika ingin mengamalkan jamu biarkan dahulu setelah beberapa hari sekurang-kurangnya 14 hari selepas kelahiran baru anda mula mengamalkannya, kerana kebanyakkan jamu bersifat panas dan tidak sesuai untuk ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi.

4. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

5. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

6. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk mengurangkan risiko anak anda mengalami Jaundice ini. Seeloknya :

1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran. Susu pertama ibu mengandungi kolustrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis oleh bayi akan menurunkan tahap bilirubin.

2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.

3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.


4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.

Kredit to : 
Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus
jamu punca jaundice
 siraplimau
isyadkisya

ctsalmiah
SID 910568
Whatsapp 01116726793 ♥

Sabtu, 19 April 2014

Tip Melakukan Kerja Rumahtangga Lebih Efisien


Membersihkan Rumah Dengan Segera

Rumah yang kemas memberikan ketenangan emosi kepada semua ahlinya, mungkin tip dibawah dapat membantu anda membersihkan rumah dengan cepat dalam keterbatasan waktu :

1. Menyimpan segala kelengkapan membersihkan rumah pada satu tempat
Contoh kelengkapan bagi mencuci seperti mop, penyapu, bahan pencuci berada pada satu tempat yang sama memudahkan anda mencari dan tidak membuang masa mengeledah tempat yang tidak berkaitan

2. Mengetahui 3 jenis barang utama
3 jenis barang utama iaitu sampah(untuk dibuang), barang yang kekal pada tempatnya(perabot, baju-baju dll), serta barangan dari tempat lain (yang sentiasa berubah cth barang dapur). Pengagihan barangan ini menjimatkan dan memudahkan waktu mengemas anda.

3. Sediakan beg plastik sampah yang besar
Jangan takut membuang barang yang tidak lagi ada kegunaannya serta sekiranya ia sudah pun tidak boleh digunakan lagi sama ada dibaiki atau di recycle. Kerana ini akan menyemakkan stor anda, belajarlah melepaskan ia atau sekiranya dapat dipakai oleh orang lain dermakanlah, pahala pun dapat lagikan pula tempat asalnya menjadi luas untuk menempatkan barangan lain pula.

4. Alihkan barang yang beselerak dahulu sebelum mengemas

5. Bersihkan ruang kotoran yang kecil sebelum membersihkan ruangan yang besar
Contoh kawasan bilik tidur dahulu kemudian beralih ke ruang tamu.

6. Bersihkan kekotoran dari bahagian atas hingga ke bawah
Contohnya bersihkan habuk-habuk di perabot terlebih dahulu kemudian teruskan dengan kerja memvakum atau mengemop lantai, supaya habuk dan pencuci tidak terkena pada bahagian yang telah dicuci

7. Taburkan sedikit soda penaik ke dalam beg sampah
Supaya bau sampah tidak tersebar ke dalam rumah. 

8. Dapatkan bantuan suami ketika mengemas, lagi ramai orang yang membantu lagi cepat lah siap disamping dapat mengeratkan hubungan suami isteri. ^^

Mencuci Pakaian
Timbunan kain yang tidak dicuci dan tidak dilipat tidak akan memberikan permandangan yang enak buat semua ahli keluarga, try rajinkan tangan dengan tip dibawah ^^

1. Jika tiada masa langsung untuk membasuh baju setiap hari, peruntukan 3-4 kali seminggu untuk membasuh pakaian, iaitu pertengahan dan hujung minggu. Melainkan ahli keluarga yang ramai seharusnya mendobi setiap hari secara membasuh di malam hari atau awal pagi sebelum pergi bekerja.

2. Terus melipat pakaian yang telah kering untuk elakkan ia berkedut teruk

3. Lipat kain semasa menonton tv, sehingga tidak sedar baju telah siap dilipat kerana keseronokan menonton.

Mengosok Pakaian
1. Gosok pakaian yang ingin dipakai selama seminggu pada hujung minggu

2. Elakkan mengosok pakaian pada awal pagi kerana pasti kelam kabut semasa menyediakan sarapan juga

3. Gantung pakaian yang akan digosok terlebih dahulu untuk mengurangkan kedutan

Memasak Makanan Harian
1. Rancang menu terlebih dahulu, menu sarapan lebih ringkas seperti sandwic, roti bakar dll

2. Kupas bawang terlebih dahulu, dipotong atau dikisar dan simpan dalam peti ais

3. Cili dikisar dahulu dan simpan dalam peti ais

4. Bersihkan bahan-bahan basah sejurus pulang dari pasar hujung minggu dan disejukbeku.

5. Masak nasi terlebih dahulu sebelum memulakan memasak lauk pauk

6. Sediakan bahan perapan bersama bahan utama. Contoh sediakan ayam yang digaul sebati dengan kunyit@rempah yang lain dan simpan dalam peti ais, keluarkan semasa ingin memasaknya sahaja.

♥sharing daripada buku superwoman tulisan Mardiana Mat Ishak








Khamis, 17 April 2014

8 Cara Hidup Sihat Nabi Muhammad S.A.W



Baginda Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan cara hidup yang sihat, kita jarang mendengar cerita Rasulullah menghidapi penyakit berbahaya dalam riwayat baginda. Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Nabi Muhammad S.A.W amalkan :

1. Selalu bangun sebelum subuh.
Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.
Baginda selalu bersih dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

3. Tidak makan berlebihan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar bejalan kaki.
Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung

5. Tidak pemarah.
Marah itu dari syaitan, segerlah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi ketenangan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat rasulullah.

6. Optimis dan tidak berputus asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t

7. Tidak iri hati.
Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.
Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.

Bersama-sama kita mencontohi cara hidup Nabi Muhammad S.A.W , selawat keatas baginda, keluarga dan para sahabat baginda

Terima Kasih kepada penulis, sharing is caring ^^

Rabu, 16 April 2014

Kurangkan Pengambilan Kafein Secara Berlebihan Baik Untuk Anda


Kopi, nescafe dan minuman sewaktu dengannya dapat memberikan tenaga, tambah-tambah untuk anda yang sedang belajar, bekerja di waktu malam, perlu memandu untuk jangka masa panjang. Tetapi berapa kerap dalam sehari anda mengambilnya? secawan dua? tidak terkira, asal habis secawan refill lagi? berapa sudu sehari telah anda ambil?


Kafein lazim terdapat dalam minuman yang beraroma lazat seperti dalam kopi, nescafe, teh dan coklat. Contohnya minuman kopi dengan kadar sederhana memberikan manfaat tersendiri antaranya seperti :
  • Mencegah kanser
  • Mencegah serangan jantung
  • Mencegah stroke
  • Mencegah diabetes type II
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mencegah seseorang terkena sirosis
  • Mengobati batu ginjal
Kurangkan Pengambilan Kafein Secara Berlebihan Baik Untuk Anda
Amalan mengambil kafein secara BERLEBIHAN sehinggakan anda BERGANTUNG SEPENUHNYA Terhadapnya TIDAK KIRA MASA boleh diibaratkan sebagai ketagihan kafein dan ini wajar dielakkan kerana kesan negatif dibawah:
  • kafein berlebihan memberi kesan buruk kepada sistem kardiovaskuler tubuh seperti berlaku peningkatan denyutan jantung dan boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Gangguan pada gigi, dengan minum kopi dapat menyebabkan gigi seseorang berlubang, dan menimbulkan karang gigi menjadi kuning.
  • Terlalu berlebihan kafein dapat menyebabkan seseorang berada dalam kegelisahan dan masalah angin dalam badan yang melampau.
  • Untuk ibu yang sedang mengandung hindari kopi adalah terbaik untuk kesihatan bayi yang dikandung. Ada kajian megatakan mengambil hanya 100 mg kafein sehari dapat menimbulkan keguguran, kerana kafein pada kopi meningkatkan denyut jantung dan akan mempengaruhi janin yang mana dapat menyerang plasenta serta masuk ke dalam sistem darah janin tersebut. bacaan lanjut kafein bahaya pada ibu hamil
  • Menyebabkan insomia atau penyakit susah tidur
  • Minum kopi secara berlebihan dapat menimbulkan serangan jantung dan stroke. Ini dikarenakan, mengkonsumsi kopi secara berlebihan dapat meningkatkan kadar trigliserida, kolesterol jahat pada tubuh serta darah anda akan lebih pekat. Hal inilah yang menimbulkan endapan lemak, penyempitan pada pembuluh darah yang mana dapat menimbulkan serangan jantung dan stroke.
  • Mengkonsumsi kopi dapat melemahkan daya keimunan anda. Kerana, kafein dalam kopi dapat menyerap mineral dan vitamin yang perlukan oleh tubuh anda. Minuman kopi juga membuat anda cepat kehilangan bendalir dalam badan. Usahakan meminum dua gelas air putih setelah mengkonsumsi segelas kopi.
Semasa menulis artikel ini, saya telah 6 tahun berhenti daripada mengambil minuman berkafein tinggi seperti kopi dan nescafe akibat mengalami kesan seperti peningkatan denyutan nadi, dan mengalami angin dalam badan yang kronik. Setelah itu minuman tersebut tidak menjadi kegemaran saya lagi, berbanding semasa saya sedang belajar dahulu, sehari tidak sah kalau tidak membuat 2-3 sachet nescafe 3 in 1 sama ada mild atau pure nescafe. Kesan-kesan negatif muncul setelah beberapa tahun saya mula bekerja selepas tamat pengajian. Berjaga malam untuk melakukan kerja lebih masa memaksa saya terus mengambil minuman berkafein tersebut sehingga beberapa kali mengalami sesak nafas, denyutan jantung yang laju dan masalah angin dalam badan. Doktor mengesahkan saya kafein intolerant jadi wajib berhenti mengambil minuman berkafein secara total!! Sehinggakan teh o kosong pun saya takut nak sentuh inikan pula kopi...waktu tu la, kini bleh la minum teh dan kopi asal tak lebih dos. ^^ sesudu dua seminggu. Tapi jarang sangat ambik minuman tersebut berbanding waktu muda-muda dulu...kiki


Kurangkan mengambil minuman berkafein untuk berjaga malam terutama mereka yang sedang belajar, ada juga terpaksa bekerja lewat malam kerana tugasan kerja tertangguh pada siangnya. Ini berikutan kesan kafein yang tidak sesuai untuk kesejahteraan badan bagi jangka masa panjang sekiranya diambil secara berlebihan. Semasa mengambil minuman berkafein jangan pula dilupakan minum air putih untuk melancarkan sistem peredaran darah, ini penting untuk menjaga fungsi buah pinggang anda.

Semoga baik-baik belaka untuk kita (^^;)


ctsalmiah
SID 910568
01116726793

Sabtu, 5 April 2014

Plasenta Previa

Placenta @ uri adalah organ yang berfungsi dalam membekalkan nutrien, oksigen kepada fetus melalui umbilical cord, menyalurkan bahan buangan fetus terus kepada si ibu, dan tempat berlakunya rembesan hormon ketika hamil.

Ajaibnya saluran darah ibu dan fetus tidak bercampur dalam placenta. 




Placenta Normal
Placenta selalunya berada di bahagian atas uterus @ rahim, jauh daripada serviks (iaitu laluan untuk bayi semasa proses kelahiran).

Placenta Previa
Placenta berada dibahagian bawah uterus, sebahagian atau lengkap menutup laluan serviks.


Sekiranya placenta menutupi serviks secara lengkap ia dipanggil placenta previa lengkap. Marginal placenta previa atau placenta previa separuh pula jika placenta berada berhampiran serviks. Sekiranya placenta berada 2cm daripada bahagian serviks dipanggil placenta berkedudukan rendah atau uri rendah .
Lokasi placenta akan diperiksa oleh ultrasound pada 16-20 minggu kehamilan jika perlu.

Kes placenta previa selalunya dijumpai satu dalam tiga orang yang hamil, terjadi biasanya sebelum minggu ke20 kehamilan. Semasa uterus semakin membesar, placenta akan berada dibahagian atas uterus, menjauhi serviks. Namun ia akan kembali mendekati  serviks semasa kelahiran hampir tiba -- ini biasa berlaku pada 200 kes kehamilan -- dimana ibu berisiko menghadapi pendarahan. Pendarahan yang serius boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak pada si ibu. Kebanyakkan kes ibu akan menjalani pembedahan secara cesarean dan bayi lahir awal daripada tarikh jangkaan.

Sebab berlaku Placenta Previa?

Sebab yang tidak diketahui dengan jelas, walaupun kadangkala ia kerap berlaku kepada wanita yang hamil pada usia lanjut, merokok, pernah mempunyai anak secara pembedahan cesarean atau pembedahan pada rahim lebih berisiko berlakunya plasenta previa.

Apa berlaku jika saya menghadapi placenta previa?

Ia bergantung kepada berapa minggu kehamilan anda. Jangan risau jika pertengahan kehamilan anda disahkan menghadapi placenta previa. Ini kerana  placenta akan bergerak menjauhi serviks disebabkan rahim semakin membesar dan placenta akan membesar mendekati bahagian atas rahim dimana bekalan darah yang banyak disitu.

Follow-up ultrasound masih diperlukan untuk mengetahui lokasi terkini placenta dan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Selalunya ibu-ibu akan ditahan dihospital untuk jangka masa tertentu sehingga uri berada dikedudukan yang sepatutnya. Para ibu dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat dan memerlukan rehat yang berpanjangan di atas katil. Ketenangan emosi ibu ketika ini amat penting, banyakkan berdoa, bersujud, berfikiran positif dan kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan supaya bayi anda dapat memahami perasaan anda ketika itu. 

info ringkas ini daripada 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...