Jumaat, 5 Julai 2013

Darah Haid Berketul Baik atau Tidak ?

 


Anda mungkin akan kehilangan darah yang sedikit semasa haid. Ia biasanya antara 2 sudu kecil hinggalah 5 sudu besar darah. Kadang-kadang ia mungkin nampak banyak terutamanya apabila anda nampak kesan darah yang besar pada tampon atau tuala wanita. Jangan khuatir. Ia memerlukan lebih daripada kehilangan 5 sudu besar darah untuk anda mendapat simptom yang bakal memerlukan khidmat doktor 



1. Jangan panik apabila terdapat banyak tompokan darah pada tampon atau tuala wanita anda. Setitik kecil darah akan diserap oleh tampon atau pad anda yang diperbuat daripada kapas. Apabila ia terjadi, tompokan kecil pun boleh nampak banyak. Jangan khuatir kerana tuala wanita atau tampon yang telah penuh diserap perlu ditukar setiap 3 jam. Aliran period anda kan meningkat dalam tempoh dua hari pertama. Jadi, aliran pasti akan berkurangan pada hari ke-4 atau ke-5.
 2. Terdapat darah berketul pada darah haid. Ketulan itu sebenarnya merupakan lapisan uterus yang digugurkan semasa haid. Ia mungkin kelihatan seperti gumpalan darah kerana ia dilitupi oleh darah. Jika anda lihat dengan dekat, ia sebenarnya tisu yang bertekstur seperti lapisan getah nipis.
Kehilangan Darah Sebenar
a. Anda mempunyai aliran haid melampau untuk lebih dari 3 - 4 hari. Tampon dan tuala wanita penuh terserap setiap jam dan perlu kerap ditukar. Jika ia berkekalan untuk 3 hari atau lebih, cepat berjumpa doktor. Jika anda kelihatan pucat atau mula rasa nak pengsan, anda tidak perlu tunggu sehingga 3 hari. Jumpalah doktor secepat mungkin.
b. Darah yang mungkin bukan haid. Periksa tempat pendarahan lain. Masalah dengan pundi kencing dan pembuangan air besar mungkin merupakan penyebabnya. Doktor anda mungkin boleh memeriksa dengan melakukan ujian darah ke atas air kencing dan najis anda.
RAMAI wanita berbeza pendapat mengenai kedatangan haid. Ada yang seboleh-bolehnya cuba menyembunyikan proses itu daripada pengetahuan orang sekeliling, terutama lelaki, kerana menganggap ia hal perempuan.

Isu haid jarang dibincangkan, apalagi secara terperinci, oleh wanita. Kedatangan haid dialami wanita sihat berusia belasan tahun hingga mereka mengalami menopaus kecuali ketika hamil dan menyusukan anak. Kitaran haid bermula dari hari pertama haid hingga hari terakhir sebelum haid berikutannya bermula.

Proses haid ialah membuang keluar darah, mukus dan sel mati. Proses ini berlaku dalam tempoh tetap dari masa akil baligh hinggalah menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.

Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).

Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, kitaran mungkin lebih pendek iaitu 21 hari dan sebilangannya pula boleh mencecah sehingga 35 hari. Tempoh haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari.

Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Natasha Ain Mohd Nor berkata, ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran normal.

Bagaimanapun, kehilangan darah bulanan yang banyak akan membawa kepada anemia yang menyebabkan kelemahan atau keletihan. Menurutnya, jumlah darah dan cecair yang hilang dari badan akibat haid biasanya antara empat hingga 12 teh sudu bagi setiap kitaran.

Tubuh lazimnya melepaskan bahan anti gumpal untuk memastikan darah haid tidak berketul apabila keluar. Bagaimanapun, apabila haid mengalir dengan banyak, bahan anti gumpal tidak cukup masa untuk bekerja menyebabkan darah haid yang keluar berketul.

Jika banyak ketulan darah berbanding pada waktu haid yang biasa, anda patut berjumpa doktor untuk mengesan penyebab ketidaknormalan kedatangan haid berkenaan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah normal jika darah haid yang keluar berwarna gelap atau kehitaman. Ia perkara normal yang berlaku apabila darah lebih lama tidak keluar dari tubuh dengan cepat. Aliran haid kadangkala banyak dan kadangkala sedikit.

Warna darah haid ialah hitam, perang, coklat, merah gelap, merah terang dan merah jambu. Darah haid berbau kurang enak selepas terdedah kepada udara dalam tempoh tertentu.

Menukar tuala wanita dua kali sehari kerana pengaliran haid yang banyak ialah perkara normal. Namun, jika anda terpaksa menukar tuala wanita sehingga lima atau enam kali sehari dengan syarat pad penuh setiap kali menukar yang baru, ia bukan perkara yang perlu dipandang remeh kecuali anda seorang yang sangat hygienic (sgt pembersih) dan kerap menukar pad yang walaupun setitik darah sahaja yang membasahi pad.

“Ramai wanita biasa berdepan aliran haid yang banyak pada setiap bulan dan menganggap ia perkara normal. Kehilangan darah secara berlebihan sewaktu haid boleh menyebabkan anemia yang membuatkan anda rasa lemah dan pucat.

“Anda perlu berjumpa doktor jika kedatangan haid yang banyak menyebabkan tubuh lesu, pening lalat dan pucat. Selain itu, perhatikan warna kuku jari.

“Jika warnanya pucat iaitu tidak merah jambu seperti normal, ia tanda ada masalah dengan haid anda. Haid yang tidak sekata iaitu selalu keluar dalam aliran yang banyak juga petanda yang sepatutnya disedari wanita itu bahawa dia perlu bertemu doktor bagi menangani masalah itu. Banyak faktor yang menyebabkan masalah haid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu bertajuk Tubuh Anda dan Haid di bengkel media anjuran Bayer Healthcare, di Port Dickson, baru-baru ini.
Sumber : e-medik


baru-baru ni terbaca ringkasan dr zubaidi di facebook beliau,


jumlah darah yang berketul ini menjadi salah satu sebab kenapa sengugut berlaku di kalangan wanita, bayangkan jumlah darah yang banyak nak keluar sekaligus...sekiranya anda mengalami masalah terbabit elakkan makan makanan sejuk macam berpantang pun ada, 
takpe ini lah keistimewaan kepada wanita berbanding lelaki kan

(tidak pasti makan timun boley menyebabkan kanser rahim, cegah lebih baik dari merawat kan)- sekadar perkongsian


lagi bacaan berkaitan senggugut dan cadangan shaklee vitamin-untuk-pms-sengugut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...