Jewellery
Home appliances
Lifestyle
Natural Beauty
Rabu, 19 Jun 2013
Ajaibnya apabila memeluk anak (^^;)
::Keajaiban Di Sebalik Pelukan Terhadap Anak~
1) Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah
hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bahagian dari
tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak.
Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui
sentuhan seperti pelukan dari seorang Ibu kepada anak, ianya akan
mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.
2) Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukan akan
mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukan akan memberi kestabilan emosi
dan 12 kali pelukkan akan membantu perkembangan psikologi seseorang.
Pelukan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang
merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang
sihat buat anak-anak.
3) Pelukan juga dapat memberikan suntikan
motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan
berada di dalam kesedihan.
Daya sentuhan akan menghasilkan
ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar
daripada zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukan ibu
kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan
itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut.
4)
Pelukan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut
kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukkan akan lebih aktif
mempamerkan potensi mereka samada di sekolah mahupun di rumah.
Keyakinan diri mereka berkembaang elok melalui hasil pelukan yang
diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba.
Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi
sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin
diri yang tinggi di dalam diri mereka.
5) Hasil pelukan yang
kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk
memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 9
tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tangungjawab
untuk memimpin yang dinamakan ‘khalifah’ di muka bumi ini.
Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak
dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan
terhadap mereka.
Semoga kita dapat jadikan rutin memeluk
anak-anak sebagai satu aktiviti wajib kita setiap hari. Inilah yang
dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak
agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak
Lucky Club Casino Site Lucky Club is a new online casino offering players from Malta, Sweden and Sweden all the way to the UK and many other great things to do! This brand new Rating: 4.9 · Review by Lucky Club luckyclub.live Casino
Lucky Club Casino Site
BalasPadamLucky Club is a new online casino offering players from Malta, Sweden and Sweden all the way to the UK and many other great things to do! This brand new Rating: 4.9 · Review by Lucky Club luckyclub.live Casino