Ahad, 20 April 2014

Tip Amalan Ibu Mengandung dan Semasa Berpantang Untuk Mengelakkan Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning


Punca Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning


Penyebabnya adalah kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi. Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan dan berlaku dalam 50%-70% pada bayi yang baru lahir.

Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Punca-punca Lain Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO. (Sekiranya anda berdarah O bayi anda lebih berisiko mengalami Jaundice/Demam Kuning ini)
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.

Amalan Semasa Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan  Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Minum madu (tanpa air) 3 sudu atau 5 sudu sehari

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4. Mengamalkan makan buah kurma sebagai sarapan.

5. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak yang mungkin.

8. Mengamalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.


Amalan Ibu Semasa Berpantang Untuk Menurunkan dan Mengelakkan Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. Ini mengalakkan bayi membuang air besar dengan lebih kerap dan menyingkirkan bilirubin dari badannya. 

2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3. Berpantanglah secara berdisplin, elakkan makan makanan yang dilarang. Jika ingin mengamalkan jamu biarkan dahulu setelah beberapa hari sekurang-kurangnya 14 hari selepas kelahiran baru anda mula mengamalkannya, kerana kebanyakkan jamu bersifat panas dan tidak sesuai untuk ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi.

4. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

5. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

6. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk mengurangkan risiko anak anda mengalami Jaundice ini. Seeloknya :

1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran. Susu pertama ibu mengandungi kolustrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis oleh bayi akan menurunkan tahap bilirubin.

2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.

3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.


4.Susukan bayi dengan susu ibu 8-12 kali sehari. Makin banyak bayi minum, makin banyak proses pembuangan dan secara tidak langsung dapat menyingkirkan bilirubin.

Kredit to : 
Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus
jamu punca jaundice
 siraplimau
isyadkisya

ctsalmiah
SID 910568
Whatsapp 01116726793 ♥

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...