Khamis, 18 Julai 2013

5 TIPS CEGAH STRETCH MARK KETIKA HAMIL

Hampir 90% ibu hamil mengalaminya, Stretch marks atau urat-urat putih di tubuh yang terbentuk kerana berlakunya regangan pada kulit secara berlebihan, akibat pengaruh hormon kehamilan  serta akibat pembesaran bayi dalam kandungan dari bulan ke bulan. Biasanya, tanda tersebut muncul di kawasan perut, paha, pinggul, lengan, dan payudara. Bagi wanita hamil, stretch marks yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar, lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada sesetengah ubat kurus atau asma. 

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, seperti menggunakan cream yang mengandung Retin-A. Tapi, cara ini sangat berbahaya bagi ibu hamil, kerana boleh mengakibatkan gangguan pada janin. Oleh sebab itu, cara terbaik yang boleh ibu hamil lakukan untuk mencegah atau meminimakan kesan stretch marks agar kesan hodoh ini tidak lagi kelihatan, antaranya seperti berikut :

1. Bekalkan air putih yang mencukupi

Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari. Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya, sehingga boleh membantu meminima kesan stretch marks.

2. Amalkan sapu krim pelembap
Untuk menambah ketelapan kulit, ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang terbuat dari bahan-bahan semulajadi, seperti cocoa butter atau shea butter, disapu di kawasan yang terkena stretch marks. Ataupun sapukan seluruh tubuh dengan minyak yang kaya akan vitamin E, sebelum mandi.

3. Kawal berat badan
Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak. Sepanjang kehamilan, kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12-15 kg. Jika kenaikan terlalu cepat, adalah kurang baik bagi kehamilan, selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat stretch marks.

4. Senaman
Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya stretch marks. Jadi, lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor.

5. Kawalan diet makanan

Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan yang dapat membantu mencegah terjadinya stretch marks. Selain itu, amalkan juga makanan yang banyak mengandung vitamin A, E dan C seperti wortel, susu, telur, kacang kedelai, paprika merah atau kuning, tomato, dan oatmeal.

Lakukan cara-cara di atas secara berdisiplin dan sebaiknya dimulakan diawal kehamilan.

Pengambilan ESP Shaklee dan Vitamin C sustained release semasa kehamilan dapat mengurangkan kesan stretch marks kepada ibu. (^^;)
dan 
Untuk menangani strech marks selepas berpantang juga boleh mengamalkan vitamin yang bagus untuk kulit contoh ESP Shaklee, GLA, Vitamin E dan Vitamin C 

Harga Runcit

ESP-Energizing Soy Protein RM 150.00 EM/WM
Vitamin C Sustained Release (180 biji) RM 92.50 EM/WM
Vitamin E Complex (120 biji) RM 149.00 EM/WM
GLA Complex (60 biji) RM 91.25 EM/WM



ct salmiah  (ID 910568)
 ♥ SMS/WhatsApp : 01116726793
 SMS : 013-2298867

Khamis, 11 Julai 2013

Berpuasa Ketika Hamil

  • pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.
  • elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • elakkan makanan bergoreng dan berlemak, contohnya popia goring, samosa dan lain-lain kerana makanan bergoreng walaupun kenyang namun khasiatnya renda
  • kurangkan @lebih baik elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi kerana minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretic (kencing)
  • pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat. Protein memberikan tenaga yang lebih lama berbanding karbohidrat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan. * sukat air 2L mula minum semasa berbuka hingga imsak..lg bgus jika boleh minum 2.5-3L air krn punca utama keletihan dan tidak sihat semasa ketika hamil adalah disebabkan kekurangan air dalam badan.
  • Elakkan perjalanan jauh dan elak daripada terdedah kepada cuaca panas kerana boleh mempercepatkan dehidrasi
  • Kurangkan kerja-kerja berat
  • Perbanyakkan zikir dan solat sunat
  •  Ambil supplemen, seperti cadangan daripada shaklee (^^;)
Bersahur ; mighty 3 germ (ESP+ Mealshake+Performance Drink)+ Oat
Selepas berbuka ; Omega Guard, B complex, Vitalea , Vita C


Ibu2 yg manis jangan skip sahur tau kerana penting dalam memberikan kita tenaga dan nutrient kepada kita dan bayi dalam kandungan serta mengelakkan kita daripada mengalami sakit kepala dan mengantuk kerterlaluan.

Berjumpa lah doktor sekiranya anda mengalami keadaan seperti di bawah:

• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.

• anda loya atau mula muntah.

• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.

• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.

• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.

• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Sumber : babycenter.com, Pa & Ma Julai 2013

Jumaat, 5 Julai 2013

Haid dan Wanita



Hari ni, setelah lama saya tinggal bab2 biologi ni, terdetik di hati utk ulangkaji semula pelajaran yang berkurun saya tak sentuh dlu belajar major Bio ukm 8thn lepas…padahal hidup kita memang berkaitan dengan sains dan paling penting AlQuran adalah sumber ilmu tentang sains alam sejagat…jadi mari kita study semula, (^^;)

 sistem Pembiakan wanita
Masalah atau perubahan kitaran haid berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stress, emosi melampau (suka atau sedih), perubahan berat badan ataupun aktiviti fizikal yang keterlaluan.

Sebab bagi masalah haid


Keguguran — mungkin berlaku keguguran tetapi wanita terbabit menyangka dirinya datang haid disebabkan tidak tahu dia mengandung akibat haid yang tidak teratur .

Fibroid — wanita berkenaan mungkin mempunyai fibroid iaitu ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada rahim. Lazimnya wanita yang mempunyai fibroid akan mengalami aliran haid yang lebih banyak .

Endometriosis — wanita terbabit mungkin mempunyai endometriosis iaitu tisu yang tumbuh di luar uterus (peranakan). Ia sukar dikesan kerana mempunyai tanda sangat minimum

Perubahan hormon — tubuh membebaskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon ini mengawal pengeluaran dan menggugurkan lapisan pada uterus. Apabila keseimbangan diganggu, ia boleh menyebabkan lapisan pada uterus semakin tebal. Ketebalan itu boleh menyumbang lebih banyak pendarahan berbanding biasa. Ia mungkin juga disebabkan darah haid berketul apabila lapisan berkenaan gugur.

Perubahan hormon berlaku apabila menopaus atau perubahan berat badan secara mendadak. Perubahan hormon mungkin juga diakibatkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat, termasuk steroid, atau uterus yang besar.

Jika uterus meregang sepanjang kehamilan dan tidak kembali kepada saiz asal, ia mungkin besar yang kekal. Dengan pembesaran saiz uterus, darah haid mungkin berkumpul dan berketul sebelum dibebaskan daripada tubuh. Ia juga menyebabkan darah berwarna gelap atau banyak sepanjang haid.


sebarang halangan aliran darah haid daripada uterus menerusi servik dan keluar dari vagina mungkin menyebabkan masalah ketulan, warna atau pekat

Ujian untuk mengesan masalah pendarahan haid:

ultra bunyi pelvis — ujian menggunakan gelombang bunyi untuk mengambil gambar di dalam vagina dan peranakan

•MRI
— prosedur untuk menyediakan imej pertumbuhan seperti fibroid, yang mungkin menyumbang masalah pendarahan haid .

Ujian darah — doktor mengadakan ujian darah untuk mengesan sama ada darah berketul. Ujian juga membantu memastikan anda tidak menderita kerana anemia, kekurangan zat besi akibat daripada kehilangan darah

Biopsi tisu daripada lapisan peranakan — doktor akan mengambil sampel tisu daripada lapisan peranakan untuk dianalisis

Dilatasi dan kuretaj — pembedahan di mana leher uterus dikembangkan menggunakan dilator dan pengalas uterus digores dengan kuret. Pembedahan ini membantu mengurangkan pengaliran darah keterlaluan atau mengambil sampel tisu untuk dianalisis.

FASA DALAM KITARAN HAID


Fasa haid — haid juga dikenali sebagai datang bulan atau uzur. Pendarahan haid ialah salah 1 tanda seseorang wanita tidak hamil.

Ramai wanita turut menyedari penyingkiran lapisan endometrium yang kelihatan sebagai tisu bercampur darah. Enzim dipanggil plasmin — terkandung dalam endometrium — cenderung menghalang darah daripada membeku. Disebabkan kehilangan darah ini, wanita mempunyai keperluan diet bagi besi berbanding lelaki bagi menghalang kekurangan besi. Ramai wanita mengalami kekejangan uterus dalam tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea) 



Fasa folikel — melalui pengaruh peningkatan dalam hormon penggalak folikel (FSH), lima sehingga tujuh tahap folikel ovari disediakan bagi kemasukan dalam kitaran haid akan datang. Folikel ini yang membesar bagi sebahagian besar tahun itu dalam proses yang dikenali sebagai folliculogenesis, bersaing sesama sendiri bagi dominan. Di bawah pengaruh beberapa hormon, semua kecuali satu folikel akan mengalami atresia, sementara satu (atau kadangkala dua) folikel dominan akan terus matang. Ketika matang, folikel merembes estradiol dalam jumlah meningkat, iaitu sejenis estrogen.

Estrogen yang dirembes oleh folikel memulakan pembentukan lapisan baru endometrium dalam uterus, histologikal dikenali sebagai proliferative endometrium. Estrogen turut merangsang kamar dalam pangkal rahim bagi menghasilkan lendir subur pada pangkal rahim yang mungkin disedari oleh wanita yang mengamalkan sedar kesuburan (fertility awareness).

Ovulasi — ovari hampir membebaskan telur. Apabila telur matang, ia merembes estradiol yang mencukupi bagi memulakan pembebasan hormon luteinizing (LH) akut. Dalam kitaran purata peningkatan LH bermula sekitar hari ke-12 dan mungkin berterusan selama 48 jam.

Pembebasan LH mematangkan telur dan melemahkan dinding folikel di ovari. Proses ini mendorong kepada ovulasi: pembebasan ovum yang kini matang, sel terbesar dalam badan (dengan keratan rentas sekitar 0.5 mm).

Dari ovari sama ada kiri atau kanan, ovum muncul pada asasnya secara rawak. Telur itu ditolak masuk ke dalam tiub fallopian oleh fimbria iaitu cebisan tisu pada hujung setiap tiub fallopian. Sekiranya persenyawaan berlaku, ia akan berlaku dalam tiub fallopian.

Pada sesetengah wanita, ovulasi menyebabkan ciri kesakitan yang dikenali sebagai senggugut mittelschmerz yang mungkin berlangsung beberapa jam. Pertukaran mengejut hormon pada tempoh ovulasi turut menyebabkan pendarahan ringan tengah — kitaran bagi sesetengah wanita. Telur yang tidak disenyawakan akhirnya lerai atau larut.

Fasa luteal — sepanjang fasa ini, cebisan folikel membebaskan telur ke dalam tiub fallopian yang terus membesar dan membahagi seketika. Selepas ovulasi, sisa folikel bertukar membentuk corpus luteum dengan sokongan hormon pituitari. Corpus luteum ini akan menghasilkan progesteron sebagai tambahan kepada estrogen untuk dua minggu berikut.

Progesteron memainkan peranan penting dalam menukar proliferative endometrium menjadi lapisan penerima rembesen bagi pembenihan dan sokongan untuk awal hamil.

Jika persenyawaan telur berlangsung, ia akan mengembara sebagai blastocyst awal melalui tiub fallopian ke rongga uterus dan terbenam pada lapisan ovari selama enam hingga 12 hari selepas ovulasi.

Tidak lama selepas pembenihan, embrio yang membesar akan memberi isyarat kepada sistem keibuan. Satu isyarat terawal membabitkan human chorionic gonadotropin (hCG), hormon yang dapat diukur oleh ujian kehamilan.

Isyarat ini penting bagi mengekalkan corpus luteum dan membolehkannya terus menghasilkan progesteron. Jika kehamilan tidak berlaku dan tanpa hCG, corpus luteum mati dan aras inhibin dan progesterone merosot. Ini akan menyediakan keadaan bagi kitaran selanjutnya.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...