- pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
- pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.
- elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
- elakkan makanan bergoreng dan berlemak, contohnya popia goring, samosa dan lain-lain kerana makanan bergoreng walaupun kenyang namun khasiatnya renda
- kurangkan @lebih baik elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi kerana minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretic (kencing)
- pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat. Protein memberikan tenaga yang lebih lama berbanding karbohidrat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan. * sukat air 2L mula minum semasa berbuka hingga imsak..lg bgus jika boleh minum 2.5-3L air krn punca utama keletihan dan tidak sihat semasa ketika hamil adalah disebabkan kekurangan air dalam badan.
- Elakkan perjalanan jauh dan elak daripada terdedah kepada cuaca panas kerana boleh mempercepatkan dehidrasi
- Kurangkan kerja-kerja berat
- Perbanyakkan zikir dan solat sunat
- Ambil supplemen, seperti cadangan daripada shaklee (^^;)
Bersahur ; mighty 3 germ (ESP+
Mealshake+Performance Drink)+ Oat
Selepas berbuka ; Omega Guard, B complex, Vitalea
, Vita C
Ibu2 yg
manis jangan skip sahur tau kerana penting dalam memberikan kita tenaga dan
nutrient kepada kita dan bayi dalam kandungan serta mengelakkan kita daripada
mengalami sakit kepala dan mengantuk kerterlaluan.
Berjumpa lah doktor sekiranya anda mengalami
keadaan seperti di bawah:
• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
• anda loya atau mula muntah.
• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Sumber :
babycenter.com, Pa & Ma Julai 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan