Membersihkan Rumah Dengan Segera
Rumah yang kemas memberikan ketenangan emosi kepada semua ahlinya, mungkin tip dibawah dapat membantu anda membersihkan rumah dengan cepat dalam keterbatasan waktu :
1. Menyimpan segala kelengkapan membersihkan rumah pada satu tempat
Contoh kelengkapan bagi mencuci seperti mop, penyapu, bahan pencuci berada pada satu tempat yang sama memudahkan anda mencari dan tidak membuang masa mengeledah tempat yang tidak berkaitan
2. Mengetahui 3 jenis barang utama
3 jenis barang utama iaitu sampah(untuk dibuang), barang yang kekal pada tempatnya(perabot, baju-baju dll), serta barangan dari tempat lain (yang sentiasa berubah cth barang dapur). Pengagihan barangan ini menjimatkan dan memudahkan waktu mengemas anda.
3. Sediakan beg plastik sampah yang besar
Jangan takut membuang barang yang tidak lagi ada kegunaannya serta sekiranya ia sudah pun tidak boleh digunakan lagi sama ada dibaiki atau di recycle. Kerana ini akan menyemakkan stor anda, belajarlah melepaskan ia atau sekiranya dapat dipakai oleh orang lain dermakanlah, pahala pun dapat lagikan pula tempat asalnya menjadi luas untuk menempatkan barangan lain pula.
4. Alihkan barang yang beselerak dahulu sebelum mengemas
5. Bersihkan ruang kotoran yang kecil sebelum membersihkan ruangan yang besar
Contoh kawasan bilik tidur dahulu kemudian beralih ke ruang tamu.
6. Bersihkan kekotoran dari bahagian atas hingga ke bawah
Contohnya bersihkan habuk-habuk di perabot terlebih dahulu kemudian teruskan dengan kerja memvakum atau mengemop lantai, supaya habuk dan pencuci tidak terkena pada bahagian yang telah dicuci
7. Taburkan sedikit soda penaik ke dalam beg sampah
Supaya bau sampah tidak tersebar ke dalam rumah.
8. Dapatkan bantuan suami ketika mengemas, lagi ramai orang yang membantu lagi cepat lah siap disamping dapat mengeratkan hubungan suami isteri. ^^
Mencuci Pakaian
Timbunan kain yang tidak dicuci dan tidak dilipat tidak akan memberikan permandangan yang enak buat semua ahli keluarga, try rajinkan tangan dengan tip dibawah ^^
1. Jika tiada masa langsung untuk membasuh baju setiap hari, peruntukan 3-4 kali seminggu untuk membasuh pakaian, iaitu pertengahan dan hujung minggu. Melainkan ahli keluarga yang ramai seharusnya mendobi setiap hari secara membasuh di malam hari atau awal pagi sebelum pergi bekerja.
2. Terus melipat pakaian yang telah kering untuk elakkan ia berkedut teruk
3. Lipat kain semasa menonton tv, sehingga tidak sedar baju telah siap dilipat kerana keseronokan menonton.
Mengosok Pakaian
1. Gosok pakaian yang ingin dipakai selama seminggu pada hujung minggu
2. Elakkan mengosok pakaian pada awal pagi kerana pasti kelam kabut semasa menyediakan sarapan juga
3. Gantung pakaian yang akan digosok terlebih dahulu untuk mengurangkan kedutan
Memasak Makanan Harian
1. Rancang menu terlebih dahulu, menu sarapan lebih ringkas seperti sandwic, roti bakar dll
2. Kupas bawang terlebih dahulu, dipotong atau dikisar dan simpan dalam peti ais
3. Cili dikisar dahulu dan simpan dalam peti ais
4. Bersihkan bahan-bahan basah sejurus pulang dari pasar hujung minggu dan disejukbeku.
5. Masak nasi terlebih dahulu sebelum memulakan memasak lauk pauk
6. Sediakan bahan perapan bersama bahan utama. Contoh sediakan ayam yang digaul sebati dengan kunyit@rempah yang lain dan simpan dalam peti ais, keluarkan semasa ingin memasaknya sahaja.
♥sharing daripada buku superwoman tulisan Mardiana Mat Ishak