Isnin, 11 Januari 2016

Working mum vs full housewife

Entry terkini, selepas beberapa abad, nak coret-coret sikit, tengok tajuk yang selalu bermain dipikiran saya, mungkin kebanyakkan orang sama ada lelaki atau perempuan. Jadi secara langsung ade sahaja perbandingan selalu dibuat kepada dua golongan wanita ini.

Personally, tak wajar kita nak bandingkan sebab dah termaktub itulah lorong kehidupan yang telah Allah tetapkan kepada hambanya selaku khalifah dimuka bumi yang hanya sementara, umur manusia tak panjang singkat je kan.

Seseorang berbeza nasib dan sebab yang mewajibkan mereka memilih sama ada bekerjaya, surirumah atau pun kembali bekerjaya. Di mata lelaki/suami juga berbeza, jadi ikutlah hala tuju dan keputusan masing-masing rela atau terpaksa rela untuk meneruskan bekerja atau berhenti kerja.

Pandangan saya, surirumah pun boleh menjana pendapatan keluarga, cuma orang tak nampak laa dengan berpakaian cantik, bersolek, kereta besar dan lain-lain. Hurm...untuk ape menunjukkan bahagianya kite, sebab orang takkan ambil tahu susah payah kite kan. Mereka nampak yang indah-indah jer, surirumah pon boley melaram pe...tp ikut syariat la. Cara nak jana pendapatan pula mengikut kreativiti sendiri dan kecenderungan bakat kite ada. Paedahnye anak-anak boleh warisi perniagaan kluarga nanti.

Deep in my heart, rindu nak kerja semula,tp mungkin bukan disini. Biarlah saya berbisnes online dahulu, lgpun disini sukar mendapat kerja melainkan rakyat tempatan, bukan ank tempatan perlu keizinan perlepasan kerja walaupun masih dlm negara sendiri, berdasarkan pengalaman, saya taknak la dikatakan mengambil perluang kerja rakyat tempatan, dan malas berdepan dengan sentiment kenegerian oleh ssetengah orgnye. Jika dapat temuduga pun saya batalkan disebabkan jarak dan bajet, Insya Allah moga dipermudahkan urusan dan cita2 saya kelak.
Zahirnya kerja makan gaji, nmpak syiok, bulanan dapat gaji, tapi psikologinye ada ok ada tak..dah kerja dengan orang, salah terima arahan kena haru jugak, syabas kpd anda yang bijak mengendalikan stress.

Tabik spring juga saya kepada wanita yang sanggup berhenti kerja menjaga keluarga. Tak ada kerja yang mudah, mencabar juga nak sediakan sarapan pagi bagi saya walaupun tak bekerja, kering idea nak memikior nak masak ape esok pagi...patut la mak saya asyik tanya soklan tu.
Bab menjemur kain, paling leceh bg saya, walaupun bukan perfectionist tapi adalah satu kepuasan bila lihat kain-baju disinari cahaya mentari, yang penting kain tebal mesti disidai di line hadapan ampaian baru cepat kering....baru sedar keseronokkan yang mak saya ceritakan dahulu,pasal sidai kain je pun...

Masa bekerja dahulu, saya takdalaa particular sangat hal begini..bila ditamatkan kontrak kje, memang tak boleh dduk diam walaupun dalam rumah, ada je benda/projek baru nak buat..nak buat ape lagi eh lepas ni...selongkar blog yang bersarang ni lerr

Jadi tak menjadi kesalahan besar pon wanita itu sebagai surirumah atau berkerjaya. Semua berbalik kepada niat seseorang, sebab yang menilai bukan manusia tetapi Allah yang nak bagi markah pengorbanan hamba2 Nya diakhirat kelak.

Jangan la kata surirumah merugikan, takda sumbangan kpd keluarga, selekeh. Geram juga mendengarnya, klu diberi pilihan penat dok rumah ni, baik kerja ofis lagi macam dolu2. Anak cari maid/pengasuh boley jaga.

Surirumah pun kenala tambah ilmu, baca semua genre ilmu, baru terbukak minda. Sekarang dah ada surirumah memiliki sarjana dan PhD, nothing impossible.

Bagi yang isteri+ibu bekerjaya, anda pun ada cabaran juga, pagi bangun awal siapkan keperluan keluarga, p kerja, balik kerja sambung pula kan menguruskan keluarga. Sama je, tak de beza selagi kite bergelar wanita. Segulung ijazah??tak dapat menggelakkan diri kite daripada merasai tanggugjawab mentadbir kluarga dengan berjayanye...hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...