Selasa, 26 Januari 2016

Budak-budak sekarang makin hilang adab?

Assalamualaikum

Menyusuri cabaran kehidupan di atas mukabumi yang sementara ini, ada kala membuatkan saya terpanggil untuk meneliti arus perubahan moral dan adab dikalangan golongan muda. Agaknya inilah yang akan dialami apabila seseorang itu semakin dewasa dan berumur. Saling membuat perbandingan dahulu dan sekarang.

Untuk 6tahun kebelakangan sejak berhijrah, sesekali pulang ke kampung halaman memaksa kami menggunakan pengangkutan awam tak kira, taxi,lrt,komuter, bas dan kapal. Mengikut budjet perjalanan kami, pengangkutan awam adalah jalan mudah tanpa perlu menyusahkan sesiapa termasuk sedara mara untuk mengambil kami terus dari airport yang beratus batu jauh dari kampung halaman. Tinggalkan kami diseberang jalanraya yang sibuk dan besar ke bus stesen terminal one seremban pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnnya kami balik menghadiri kenduri sedara tersebut.

Banyak cabaran dan liku perlu ditempuhi sepanjang perjalanan kami berdua, dalam hati alangkah bahagianye jika dapat drive kereta kami tak kisah jauh beribu batu asalkan bukan naik public transport lagi, sebabnye nak menghadap pelbagai perangai manusia itu yang meletihkan sebenarnya.

Semakin ketara adab sopan orang semenanjung terutama golongan muda disekitar bandar metropolitan, tak kira berpenampilan sama ada bertudung atau tidak, berkopiah atau tidak, masing2 mempunyai perangai dan tabiat masing-masing.

Ingat dahulu 2014 tidak silap, distesen komuter ukm (tmpat saya menimba ilmu 2003-2005)..hasrat nak berehat dihotel amani,Bangi satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke negeri sembilan setelah sampai dari Kedah dengan bas..puas menunggu taxi,akhirnya dapat juga. Suami yang menahan dahulu taxinya, namun tanpa semena ada seorang budak ukm kolej Kris mas menerpa masuk ditempat duduk dihadapan tanpa sekali pn memandang kami, anak sapa la agaknya yang kurang diajar ini. Detus hati saya..kot ye pun nak sharing taxi mntak maaf dlu,langsung xda budi bahasa,senyum pun tidak.

Akak, sangat panas hati dik, apa yang mampu saya buat, saya hempas pintu taxi, pemandu taxi pulak mesti nak untung ambik sahaja penumpang biadap tu, pemandu tu pun tak perasan saya hempas pintu taxi nye. Sampai dihentian budak perempuan di kolej kris mas die pun membalas hentaman pintu, haha dah agak dah..yg penting saya tidak akan memandangnya lagi. Terjadilah adegan hempas menghempas pintu taxi, nasib r drebar tu ntah sedar ke tak.

Suami pula nmpk tak kisah dn buat tak tahu sebab penat agaknya sebab sampai lewat, bus ke bahau pun dah habis. Nak tidur dirumah sedara pun, nanti disuruh cari hotel juga. Daripada menyusahkan orang baik kita cari jalan sendiri. Kurang ajar bdak ni, nasib bukan adik saya. Saya bukan jenis berleter cepat, tetapi tindakan lebih cepat dari mulut. Saya bekas pelajar ukm, ntah mana ilmu,mutu dan budi budak tu agaknya...sebelum habis grad pun rasa hormat orang tua tidak ada. Apetah lagi dialam kerja kelak, sombong sungguh. Baik takpayah belajar tinggi, sebab bab adab pun dah fail.

Senyum itu sedekah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...