Tidur yang cukup penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal kita, dan semua ini dipengaruhi oleh tabiat harian dan pemilihan makanan. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja serta semasa menjalani segala 1 macam komitmen kita terhadap keluarga dan kerjaya. Antaranya :
· Mesti bersarapan
walaupun anda tidak rasa lapar.
Kajian menunjukkan individu yang bersarapan
berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti
Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh
merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.
· Makan setiap tiga
hingga empat jam dalam kuantiti kecil —
maknanya anda mesti makan pagi, tengah
hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula
dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada
satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam
makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.
Pastikan
setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat
dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak
langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.
· Lebihkan pengambilan
sumber serat —
Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil
sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu
meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima
hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
Serat
bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu
juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke
dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.
· Minum banyak air.
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum.
Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan
memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini
menyebabkan kita terasa penat.
Air juga
membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan
kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas
makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk
mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.
Berapa
banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada
pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana
jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam
dan ketika cuaca panas.
Antara cara untuk mengetahui sama ada
anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air
kencing.
Kekerapan
yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya
jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain
ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti
tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan
berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan
kalori yang tidak diperlukan daripada gula.
· Kurangkan pengambilan minuman
mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam.
Kafein mempunyai
kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan
banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau
teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.
Kajian
menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram
daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama
beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan
mengantuk di tempat kerja.
· Segarkan semangat
anda.
Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita.
Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental
membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang
perkara.
Keletihan
fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk
perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan
selagi ia tidak ditangani.
Badan
bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa
gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas.
Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air
yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.
· Jangan mengeluh dan
hilangkan apa yang terbuku dalam hati.
Keluhan memberi kesan negatif kepada
semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang
boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.
Kenal
pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk
menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan
kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak
mungkin memiliki semua yang diingini.
Jangan
pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai
individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai
perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi
pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan
emosi kita.
· Amalkan teknik
pernafasan betul.
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam
perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila
dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang
oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
· Senyum dan lakukan
perkara baik.
Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga
mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu
orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita,
terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.
· Kurangkan penggunaan
televisyen dan komputer selepas jam 8 malam.
Malam adalah waktu untuk anda
berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.
· Belajar menangani
tekanan.
Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang
anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan
dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian
daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.
· Dapat rehat
secukupnya.
Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja,
berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk
mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
·
Bersenam.
Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai
bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila
anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia
secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.
(^^;) semoga perkongsian di atas bermanfaat kepada anda, oopss jangan tidur berlebihan nanti lemah badan pulak, cukup sekadar 6-8 jam sehari, baby je memerlukan tidur selama 15-18jam sehari !!! mengikut sesi-sesi bayi tersebut hehehe comey je,
Islam pun tidak menggalakkan kita tidur selepas subuh dan semasa senja kan...disamping itu, tidurlah di tempat yang selesa(mood tidur), kurangkan pencahayaan (gelap lg molek) tuk release stress, membaca sejam sebelum tidur pn bgus kerana ape yang kita fikirkan dan mimpikan semasa tidur adalah apa yang kita baca sejam yang lalu, jadi baca yang membina seperti buku motivasi amat berkesan utk pemberi semangat hari esok, tambah lagi kalu tidur selepas solat dan masih berwuduk...emosi di tahap alpha adalah elok untuk dapatkan tidur yang cukup setelah seharian bekerja kan..well.. sleep tight ye u olls ZZzzzzz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan